Saturday, 13 October 2012

RUMahKu,, SyURgaKu....


Bismillahhirahmanirahim....... assalamulaikum kpd  para sahabat dan warga yang mengenali diriku ini dan yang  selalu mengikuti entri ak yang x seberapa sangat...   terima kasih lar kepada yang sudi  menyinggah ke  blog usang saya ni... (merendah lar diri lar plak)....
Tahu tak anda semua, rumah merupakan tempat pelindungan peribadi bagi seseorang tau...  xkisah lar rumah pape pun janji bagi rasa selesa, rasa aman kpd seseorang kan??? Jauh sekali  lau “rumah “memberi kesakitan atau ketidaksenangan, maka tak  panggil lar rumah.. mungkin penjara kot..huwaa2.....




Mungkin entri kali ni berkisarkan tentang rumah... cam pelik kan??? Kenapa nak cerita pasal rumah.???..Tapi sebenarmya tak pelik pun....  semua orang ada cerita yang tersembunyi masing-masing  pasal rumah korang kan??? Ye..ak sendiri pun x terkecuali, tapi ak bukan nak cerita rumah betul kt kampung ak tapi rumah sewa ak..... 




Hari demi hari aku mendiami rumah sewa aku ni banyak sangat cerita,impian, rahsia, harapan ahli-ahli keluarga rumah sewa ak, biarlah ak menyatakan bahawa kawan-kawan ak ni sebagai ahli keluarga rumah sewaku ini, menunjukkan ak lebih selesa...... sebenarnya menetap di rumah ini ak rasa masih baru lagi baru je sem lepas dan sem ni je...maklumlah bergelar student asyik kali juga berpindah tapi ak harap biarlah kekal sebagai rumah terakhir ak dalam pengembaraan ak ni smsa belajar...tapi ni dah sem terakhir ak duk rumah sewa.... tu lar rasa sedih sangat jika ada bertanya nak berpindah lagi ke? Atau rumah lain  ke? ak dah sayang sangat kat rumah ni pun dan beserta juga isi-isinya...... ..
...ak nak tanya korang lar... senang ke nak duduk bersama orang lain  dalam rumah dengan berbeza perangai??? Melainkan org tu ahli keluar ga kita... bahkan dalam setiap keluarga pn ada gak yg berbeza perangai masih lagi selesa kan.... dan tambahan pula ada peribahasa “air dicincang takkan putus”itu keluarga...tapi klau dgn kawan2 xde kan?? Korang rasa cmne plak????



Haisshhh.... bagi ak lar bukan senang nak duk bersama, susah..... perlukan tolak ansur sgt2 antara satu sama lain... yelah klau perangai, citarasa, sikap, personality tu berbeza.... selalulah bercanggah..... tapi ak dah faham... semenjak kaki ak melangkah masuk ke rumah ni... ak bersedia sgla kemungkinan yg berlaku.....sesungguhnya  ak merasai nikmat dan bahgia dalam rumah ni, tapi kadang-kadang terselit juga kekecewaan dan kedukaan...tulah  kadang-kadang apa yg kita hajat dan apa yg ki nak  bukan semua kita dapat...ALLAH  itu maha adil...kan???
Kebahagiaan dan kedukaan yg ak alami bukan mjdi isu utama tapi harapan utk ak letakan dalam rumah ini, biarlah harapan ak ni walau tak menjadi konkrit, teguh,nyata  pun...ak tetap tanamkan juga...ak percaya....harapan ni xkan  mati selagi ak masih bernafas...
Sebuah harapan yang inginkan kebaikan yang wujud antara satu sama lain,  persaudaraan yg murni dan erat antara ahli2nya, ak tak inginkan pengorbanan harta ,jiwa anda semua tp ak ingin anda memahamilah diri ahli keluarga kita masing-masing, itu dah cukup bagi ak......... kalau boleh ak ingin sangat-sangat memberi kebaikan yang ak ada pd korang...jika ada kebaikan ak bagi tu bersama kelemahan jgnlah dipertikaikan .. fahamilah kemampuan, fahamilah kekurangan yg ada pd diri ahli kita...apa yang kurang jnganlah dinilai dan diukur..........  mungkin ada hati yg terusik..........................

Jika, sesuatu  kuah itu rasanya tawar, tolonglah tambahkan ia rasa gula agar lebih manis..walaupun yang memasukan itu  bukan orang yang memasak kuah itu...tolonglah jgn cepat melatah dan melalak... kuah itu tidak sedap .....apa yg kurang tu tolonglah tambah2kanlah supaya ia sempurna .........


ak yakin suatu saat nanti ak merindui saat ini dengan korang semua, walaupun ia secebis kenangan yg duka apatah lg dengan moment yg indah lgi lar membuat ak takkan lupa korang dalam hati ak sampai bila-bila..............



Semoga ALLAH merahmati ahli2 keluarga ku rumah sewa... bentukkanlah ikatan persaudaraan yg ERAT dalam RUMAHKU SYURGAKU.....