aiyoo dah lama xtulis cerita dalam ni nk dikatakan sibuk mmg ak sibuk huwa2...tapi ak xnak dikatakan bloger yg xaktifkn....huhuhu ni hah cerita punya cerita nak dikatakan dalam entri nilah ak tiba2 je diajak oleh kawan ak ni sorang lpas bangun pagi lepas subuh lar...terus je nk joging....aikk sal plak tiba2 je ajak ak, tp xpelah ak pikir dah lama plak ak xbersenam , teringin jugak nak joging..seingat ak lar dah satu tahun ak xjoging huwa2..... lama jugak kan....so ak join jelah excited g2, tubuh ak semacam je dah montel2 ternak lemak...so ini kesempatan ni ak nk kuruss ( wekk ).....haiiih..tapi bgus gak kan joging pagi...tapi xpelah ak selitkan juga info kesihatan kat sini...asyik perkongsian terbuka je kan......
Banyak manfaatnya, antara lain membantu menurunkan berat badan, merendahkan tahap kolestrol dan tekanan darah. Ia juga mengelakkan kerosakan otot dan tulang, meningkatkan ketahanan tubuh serta mengurangkan risiko penyakit jantung, osteoperosis, diabetis, obesiti dan beberapa jenis barah. Dari sudut psikologi pula, seseorang itu boleh mengurangkan tekanan, kebimbangan, kemurungan dan meningkatkan keyakinan diri dengan berjoging. Bila berjoging, badan akan mengeluarkan hormon endorfin yang dapat meredakan ketegangan. Di samping itu, ia juga boleh dijadikan ruang untuk bersosial.5 teknik betul berjoging
1. Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.
2. Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit.
3. Rehatkan rahang dan bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung dan menghembusnya melalui mulut.
4. Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.
5. Pastikan berlari atas permukaan selesa, yang membolehkan anda berbicara dengan rakan pada masa yang sama.
5 panduan mengelakkan kecederaan
1. Pastikan anda berlari di permukaan rata dan lembut seperti di atas rumput atau laluan khas untuk aktiviti ini. Permukaan kaki lima dan konkrit adalah berbahaya dan boleh mendatangkan masalah pada tubuh badan anda.
2. Jangan berlari di permukaan tidak rata atau senget.
3. Tukar kasut larian anda jika ia sudah digunakan untuk larian lebih 900 km kerana kebiasaannya daya anjal dan sokongan kasut hilang apabila kerap digunakan.
4. Mulakan aktiviti ini secara berperingkat. Elakkan menambah jarak larian lebih daripada 10 peratus seminggu. Jika anda mengalami sebarang kesakitan atau rasa tidak selesa akibat larian atau joging, rujuk kepada pakar kesihatan.
5. Sentiasa lakukan sesi memanas dan menyejukkan badan. Sebelum berlari, berjalan secara pantas kira-kira lima minit. Mulakan larian secara perlahan dan tambah kelajuan secara berperingkat. Apabila hampir tamat, kurangkan kelajuan sedikit demi sedikit habiskan larian dengan berjalan. Lakukan sesi menyejukkan badan dengan berjalan selama lima minit diikuti dengan regangan otot selama dua atau tiga minit.
Oleh Diyanah Anuar
so.. ini kot ak bleh kongsikan yerrr......ingat joging tu bukan nak kurus je eh...tapi utk kesihatan jugak ...ingat tu....bye2....
